Sebab The Body Shop Digemari Ramai

Antara semua jenama produk penjagaan kulit, The Body Shop adalah salah satu jenama yang cukup popular dan anda paling senang untuk temui di mana sahaja. Hampir semua pusat membeli-belah di Malaysia menawarkan produk The Body Shop yang bukan sahaja boleh anda temui dalam set penjagaan badan, malah jenama ini juga menyediakan set wangian, produk kosmetik, set penjagaan rambut dan aksesori yang berkaitan. Setelah berpuluh-puluh tahun masih kekal dalam pasaran tempatan, para penggemar jenama The Body Shop Malaysia sebulat suara menggemari jenama ini atas sebab-sebab berikut;


1. Harga yang Berpatutan

Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa kesemua produk keluaran The Body Shop boleh anda miliki dalam tawaran harga yang amat berpatutan jika dibandingkan dengan produk-produk antarabangsa yang lain.  Setuju?


2. Berasaskan Bahan-bahan Semulajadi

Dan jika anda merupakan seorang penggemar The Body Shop sejak dahulu lagi, anda pastinya sedia maklum bahawa kesemua produk yang dihasilkan adalah berasaskan bahan-bahan semulajadi yang sememangnya kaya dengan pelbagai nutrisi. 


3. Sesuai untuk Semua

Produk-produk semulajadi ini sememangnya selamat digunakan untuk semua individu baik lelaki mahupun wanita. Khususnya bagi mereka yang mempunyai kondisi kulit sensitive dan bermasalah.


4. Tidak Melakukan Ujikaji Terdapat Haiwan


Dan fakta penting yang menjadikan The Body Shop jenama kegemaran ramai adalah kerana mereka tidak menjalankan sebarangan ujikaji produk terhadap haiwan. Ini membuktikan bahawa produk-produk The Body Shop 100% diyakini selamat!

Comments

Popular posts from this blog

Akhirnya..jadi juga kailan goreng ala chinese ni...

Pediasure susu pilihan

My Baby Boy is Sick